Alhamdulilah kini genap 16 sept hari penubuhan Malaysia negara kita yg dicintai..berbagai gagasan yang kita cipta selama ini.dengan pelbagai cara untuk kita membangunkan Malaysia masih belum disempurnakan. salah satu matlamat dalam wawasan 2020 ialah membentuk satu bangsa Malaysia. yang mana bangsa Malaysia ialah suatu bangsa yang tiada lagi permasalahan kaum , agama dan bangsa akan menjadi ukuran.
Ramai diantara kita menjangkakan peristiwa 13 mei akan berulang..walaupun saya tidak pernah hidup dalam zaman itu.namun, saya ada mendengar cerita mengenai peristiwa itu yang dahsyat itu dari seorang pesara Bomba yang menceritakan keadaan pada masa itu. digambarkan pada ketika itu keadaan saat kritikal hinggakan orang melayu yang keluar panggung wayang dibunuh.dan orang cina dijalanan juga dibunuh..bertapa saya tidak dapat membayangkan peristiwa itu akan berlaku.
dalam perjalanan saya pulang ke Kuala Lumpur pernah saya ketemu satu peristiwa yang masih segar di ingatan. yang mana didalam bas itu ada seorang wanita melayu bersama anaknya yang kecil..dipertengahan perjalanan anaknya mula menangis dan ini menggangu penumpang2 lain..dan tak semena2 seorang perempuan cina bangun dan memberi gula2 kepada kanak2 itu sambil terseyum...peristiwa itu membuatkan saya berfikir tentang penubuhan Malaysia..tentang peristiwa 13 Mei,..
adakah kini kita makin hampir ke arah penubuhan bangsa
Malaysia..ataupun kini kita menghampiri berulangnya peristiwa berdarah..semuanya di tangan anda..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment