Wednesday, September 17, 2008

if
if i can turn back time
if i can fly
if i can see u first
if there is never end
if there is solution wat we need
if i'm the only one in the world
if i can be a prime minister
if the world is following my word
if i can be a geniues person
if there is another road that i can take
if i meet u guys first
if can be someone that someone need
if there is hope
if i die tomorrow
if i'm the richest person in the world
if there is answer for everythin
if i can see the future
if there is only one way
if i know wat i'm doing now
if i can determine wat is wright and wht is wrong
if if if if


the word if..just give hope..but hope is not the wright answer

mengombrong sendiri

dihimpit masa mencari kebenaran..tup tup tap sudah hari ke8 belas kita berpuasa..seingat saya pada hari pertama kita berpuasa ramai yang berbondong2 ke surau..dan masjid2 berdekatan.tetapi bila sudah hari ke 18 jgn kan solat trawikh..solat isyak pun belum tentu dibuat..seorang teman berkata kepada saya..kita selalu inginkan agar kita diberi hidayah..tetapi hidayah itu tidak datang tanpa amal..kita selalu menganggap hidayah itu datang sendiri..tapi tidak hidayah tidak akan datang sendiri..hidayah akan datang dengan amal...Kepercayaan kita kepada kehidupan dunia yang sementara harus terus subur dlm hati..ingatlah pengakhiran yang baik akan menjadi milik kita...teringat kisah ..sahabat2 nabi ..kisah bilal yang mendapat islam dan kemudian istiqamah dalam melakukan ketaatan kepada Allah..juga bagaimana kisah musab umair yang mana dari seorang yang kaya raya kemudian berpindah kepada Islam menjadi seorang yang sangat miskin..terfikir bagaimanakah istiqamah nnye kehidupan mereka..adakah mereka tidak mendapat ujian dari Allah..pelik tapi benar..ujian bagi mereka ibarat suatu kesenagan (berbahgia dengan ujian) yang mengembirakan...jauh sekali iman kita dan iman mereka..moga Allah memasukan kita dalam orang2 yang beriman..dosa dianggap biasa..kematian dianggap jauh..penyakit wahan dalam diri kita..we need more work to do..

Tuesday, September 16, 2008

Sunday, September 14, 2008

Malaysia baru

Alhamdulilah kini genap 16 sept hari penubuhan Malaysia negara kita yg dicintai..berbagai gagasan yang kita cipta selama ini.dengan pelbagai cara untuk kita membangunkan Malaysia masih belum disempurnakan. salah satu matlamat dalam wawasan 2020 ialah membentuk satu bangsa Malaysia. yang mana bangsa Malaysia ialah suatu bangsa yang tiada lagi permasalahan kaum , agama dan bangsa akan menjadi ukuran.
Ramai diantara kita menjangkakan peristiwa 13 mei akan berulang..walaupun saya tidak pernah hidup dalam zaman itu.namun, saya ada mendengar cerita mengenai peristiwa itu yang dahsyat itu dari seorang pesara Bomba yang menceritakan keadaan pada masa itu. digambarkan pada ketika itu keadaan saat kritikal hinggakan orang melayu yang keluar panggung wayang dibunuh.dan orang cina dijalanan juga dibunuh..bertapa saya tidak dapat membayangkan peristiwa itu akan berlaku.
dalam perjalanan saya pulang ke Kuala Lumpur pernah saya ketemu satu peristiwa yang masih segar di ingatan. yang mana didalam bas itu ada seorang wanita melayu bersama anaknya yang kecil..dipertengahan perjalanan anaknya mula menangis dan ini menggangu penumpang2 lain..dan tak semena2 seorang perempuan cina bangun dan memberi gula2 kepada kanak2 itu sambil terseyum...peristiwa itu membuatkan saya berfikir tentang penubuhan Malaysia..tentang peristiwa 13 Mei,..

adakah kini kita makin hampir ke arah penubuhan bangsa
Malaysia..ataupun kini kita menghampiri berulangnya peristiwa berdarah..semuanya di tangan anda..